Veerappen Veerathan

Veerappen Veerathan (atau V. Veerappen) ialah seorang peguam dan ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau dikenali sebagai pengasas bersama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), bersama-sama Dr. Lim Chong Eu, Dr. Tan Chee Khoon dan Dr. Syed Hussein Alatas.[1] Pada 1972, beliau meninggalkan Gerakan dan mengasaskan parti baharu, Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS).[2] Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Seberang Selatan, Pulau Pinang selepas menang dalam pilihan raya umum 1959 mewakili Parti Buruh Malaya yang ketika itu berada dalam gabungan Barisan Sosialis, dan sekali lagi mewakili Parlimen yang sama selepas menang dalam pilihan raya umum 1969 mewakili Gerakan.

Veerappen Veerathan

Kumpulan parlimen Parti Gerakan Rakyat Malaysia